InFO

Sunday, 16 June 2013

Terima Kasih.. :)

Pada pandangan saya, perkataan terima kasih ni bukanlah sesuatu perkara yang susah diungkapkan.
dengan menyatakan "Terima Kasih" pun sudah memadai untuk membuat orang tersenyum dan rasa dirinya dihargai. Apalah salahnya kalau kita ucapkan perkataan terima kasih itu kepada orang yang telah membuat jasa kepada  kita. Yang paling utama mestilah kita rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT yang telah menjadikan kita untuk merasa kehidupan dan khalifahnya di muka bumi ini.
Kedua, kepada nabi kita kerana telah terpilih untuk menjadi umatnya. cuba bayangkan bagaimana seandainya kita menjadi umat yang sebelumnya yang masih kurang mendapat ajaran agama-NYA.. nauzubillah.. dan yang ketiga mestilah kepada ibu dan bapa kita yang telah bersusah payah menjaga dan melayan karenah kita dari kecil sehinggalah besaq kedabaq sampai sekarang..
Selain daripada itu, kepada guru-guru yang telah mendidik kita. Walaupun guru tu garang yang amat tapi kita kena la berterima kasih kepadanya kerana sudi memberi ilmunya. tetapi sebenarnya guru ni dia garang pn sebab kita ni yang nakal dan degil.. lau dia x garang kowg pn mesti naik tocangkan..kan..kan... haha.
Walaupun orang itu hadir seketika untuk membantu kita, kita mestilah mengucapkan terima kasih kepadanya. seseorang itu akan  berasa seperti dihargai walaupun sebenarnya tidak mengharapkan apa-apa jua balasan. Tahukah anda, dengan mengucapkan terima kasih itu sekaligus akan mendorong seseorang itu untuk melakukan lebih kebaikkan separti menolong orang yang lain pula di masa akan datang.
Jadi, mulai sekarang jangan la berat sangat mulut tu untuk mengungkapkan ucapan terima kasih, melainkan orang tu memang x boleh bercakap. yang tu len sket kne guna bahasa isyarat pulak. wslm.

No comments:

Post a Comment