10 Cara Nak Belajar Bahasa
Inggeris Dengan Mudah
1.Update Status Guna Bahasa
Inggeris
Masa update status kat facebook,
guna la bahasa inggeris sikit-sikit..bukan nak berlagak tapi cara ni membantu
korang untuk mengarang ayat dalam bahasa inggeris secara spontan.
2. Cakap Depan Cermin
Duduk depan cermin dalam bilik
cakap la bahasa inggeris sorang-sorang..bukan beerti korang meroyan atau buang
tabiat tapi ni dapat melatih untuk berkomunikasi di hadapan orang lain. Nanti
takde la tersasul nak sebut..hehehe
3. Tulis Vocab
Ambil kertas dan tulis tajuk yang
korang pilih sendiri. Contoh : "things i like about my boyfriend".
Tulis seberapa banyak vocab yang berkaitan dengan tajuk yang korang pilih tu.
Contoh : My boyfriend ---------> 1. handsome 2. sensitive.............
4. Baca Surat Khabar Bahasa
Inggeris
Rajin-rajin la baca surat khabar
dalam bahasa inggeris seperti the star atau majalah seperti reader's
digest..kalau ada ayat yang tak faham, boleh rujuk kamus.
5. Selalu Guna Kamus
Kalau korang malas nak bukak
kamus yang tebal tu, install je dekat handphone korang lagi senang. Jumpa je
perkataan yang tak faham terus boleh check makna dan hafal.
6. Buat Buku Khas Tulis Vocab
Setiap kali korang jumpa
perkataan yang tidak tahu maksudnya, rujuk kamus dan tuliskan dalam buku khas .
Tulis perkataan dengan maksud sekali dengan contoh ayat. Sebab kalau korang
tahu makna pun tak tahu contoh ayat susah jugak.
7. Belajar Grammar Budak Sekolah
Rendah
Speaking tanpa guna grammar yang
betul boleh tunggang langgang ayat. Kalau korang takde basic grammar lagi aku
suggest cari buku grammar budak sekolah rendah sebab mudah faham. Kalau ada
orang tanya nape baca buku budak sekolah rendah cakap la “Oh…saya tengah baca
ni untuk ajar anak jiran saya….” sambil menunjukkan muka confident..kekeke
8. Selalu Tengok Movie
Omputeh
Kalau korang suka tengok movie omputeh,
ambik remote astro dan terus tukar sari kata dari bahasa melayu ke bahasa
inggeris. Sambil tengok movie tu korang pun boleh belajar cara nak sebut
perkataan dengan betul.
9. Tengok Oh My English!
Cerita ni pun memang tunjukkan
pelajar-pelajar kita kurang mahir menggunakan bahasa inggeris dalam kehidupan
seharian. Last-last diorang dapat pulak cikgu Mat Salleh.
10. Cuba Buat Entri Dalam Bahasa
Inggeris
Cuba la buat satu dua entri dalam
bahasa inggeris. Jangan fikir kalau buat entri English, mungkin takde orang nak
baca. Kalau entri korang tulis tu menarik, konpem ada orang akan baca jugak.
Buat ayat sendiri dalam bahasa inggeris, no copy paste ye. Kalau ada yang
silap, jangan malu, bukannya jumpa face to face pun..maybe ada orang lain yang
sudi betulkan yang salah.
No comments:
Post a Comment