InFO

Friday, 3 May 2013

BiG Apple Donuts..

Assalammualaikum... kali ni una nak cerita sikit pasal Big Apple Donut...
Mesti ada yang masih xtau apa itu Big Apple Donuts??? adakah apple atau donut?
Untuk pengetahuan korang Big Apple Donuts adalah satu nama francais yang besar di Malaysia.
Produk ini memperkenalkan sejenis donut yang mempunyai pelbagai rasa dan warna.
Antaranya ada perida coklat2, kekacang, chese dan perisa buah-buahan..urmm yummyyyy....
Kalau sudah tulis ini pun da terasa nak makan apatah lagi kalau sudah depan matakan kan kan..

Pada sem 4 ni Una ada buat progam jual-jual Donut kat UUM. Tapi sebagai ex-officio je la bukan pengarah projek pun. Kat sini una nak kenalkan sedikit tentang Big Apple Donuts ni.. So, mari tengak sedikit gambar-gambar semasa program itu berlangsung pada 22,23,29 dan 30 Mac 2013..

Ni poster Big Apple Donuts yang una reka sendiri..
buat pakai photoshop. ambil masa 2 hari jugak la nk siapkan poster ni.
nice tak??

 muka pun da macam donut

foreigner pun ada juga yang beli



Time ini, antara jenis-jenis donut yang dijual ialah
  • chocoholic
  • megabite
  • tiracinno
  • de la cheese
  • say cheese
  • wakiki
  • carlifornian almond
  • wakeup walley
  • ice berg
  • donuttella
  • agent 'o'
  • mimi lolo
  • the alien
  • ono oreo

SteAmbOat with Student B.Ent

Assalammualaikum... yesterday at 2nd Mei 2013 we 9 people students of bachelor of entrepreneurship going to Perlis to eat steamboat.. This is our first time hangout together after 4 sem study in same course.. so, see our photo..









We are together... razi, md noor, ana, eqin, ikin, ika, fad, una n shy. <3

Thursday, 2 May 2013

KeNaLi PerSoNaLitI MeLaLui TuLiSan TaNgaN



Pertama: Tekanan
i.       Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
(Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif)
ii.      Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
(Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit)


Kedua: Bentuk Tulisan
i.       Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
(Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan - otak kreatif)
ii.      Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp (tajam)
(Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri - otak logikal)


Ketiga: Kecondongan
i.       Condong ke kanan
Extrovert: suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
ii.      Condong ke kiri
Introvert: suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii.     Tegak
Systematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv.      Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


Keempat: Kerapatan
i.       Jarang-jarang
Tak suka campur gaul dengan orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii.      Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima: Pada huruf J, G, Y, Z
i.       Ada ekor
a)       Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b)       Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam: Pada palang huruf kecil T (t)
i.       Tinggi
Tahap aspirasi tinggi
ii.      Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii.     Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan:
Tulisan dapat mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.

Wednesday, 1 May 2013

Oh My EnGLiSh..




10 Cara Nak Belajar Bahasa Inggeris Dengan Mudah


1.Update Status Guna Bahasa Inggeris
Masa update status kat facebook, guna la bahasa inggeris sikit-sikit..bukan nak berlagak tapi cara ni membantu korang untuk mengarang ayat dalam bahasa inggeris secara spontan.

2. Cakap Depan Cermin
Duduk depan cermin dalam bilik cakap la bahasa inggeris sorang-sorang..bukan beerti korang meroyan atau buang tabiat tapi ni dapat melatih untuk berkomunikasi di hadapan orang lain. Nanti takde la tersasul nak sebut..hehehe

3. Tulis Vocab
Ambil kertas dan tulis tajuk yang korang pilih sendiri. Contoh : "things i like about my boyfriend". Tulis seberapa banyak vocab yang berkaitan dengan tajuk yang korang pilih tu. Contoh : My boyfriend ---------> 1. handsome 2. sensitive.............

4. Baca Surat Khabar Bahasa Inggeris
Rajin-rajin la baca surat khabar dalam bahasa inggeris seperti the star atau majalah seperti reader's digest..kalau ada ayat yang tak faham, boleh rujuk kamus.

5. Selalu Guna Kamus
Kalau korang malas nak bukak kamus yang tebal tu, install je dekat handphone korang lagi senang. Jumpa je perkataan yang tak faham terus boleh check makna dan hafal.

6. Buat Buku Khas Tulis Vocab
Setiap kali korang jumpa perkataan yang tidak tahu maksudnya, rujuk kamus dan tuliskan dalam buku khas . Tulis perkataan dengan maksud sekali dengan contoh ayat. Sebab kalau korang tahu makna pun tak tahu contoh ayat susah jugak.

7. Belajar Grammar Budak Sekolah Rendah 
Speaking tanpa guna grammar yang betul boleh tunggang langgang ayat. Kalau korang takde basic grammar lagi aku suggest cari buku grammar budak sekolah rendah sebab mudah faham. Kalau ada orang tanya nape baca buku budak sekolah rendah cakap la “Oh…saya tengah baca ni untuk ajar anak jiran saya….” sambil menunjukkan muka confident..kekeke

8. Selalu Tengok Movie Omputeh 
Kalau korang suka tengok movie omputeh, ambik remote astro dan terus tukar sari kata dari bahasa melayu ke bahasa inggeris. Sambil tengok movie tu korang pun boleh belajar cara nak sebut perkataan dengan betul.

9. Tengok Oh My English! 
Cerita ni pun memang tunjukkan pelajar-pelajar kita kurang mahir menggunakan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian. Last-last diorang dapat pulak cikgu Mat Salleh.

10. Cuba Buat Entri Dalam Bahasa Inggeris
Cuba la buat satu dua entri dalam bahasa inggeris. Jangan fikir kalau buat entri English, mungkin takde orang nak baca. Kalau entri korang tulis tu menarik, konpem ada orang akan baca jugak. Buat ayat sendiri dalam bahasa inggeris, no copy paste ye. Kalau ada yang silap, jangan malu, bukannya jumpa face to face pun..maybe ada orang lain yang sudi betulkan yang salah.

page magazine

full of cover magazines.....